Tuesday 26 March 2013

kerdilnya diri ini.

Dengan nama Allah...
 "Thauban meriwayatkan satu pesanan junjungan , bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Aku sangat jelas mengetahui bahawa ada golongan dari umatku yang akan datang pada hari Qiyamat dengan amalan soleh sebesar gunung Tihamah, tetapi Allah akan menjadikannya seperti debu-debu berterbangan."

"Thauban bertanya : “Wahai Rasulullah, ceritakanlah tentang mereka kepada kami dan beritahulah kami lagi, supaya kami tidak menjadi seperti mereka.”

"Baginda menjawab pertanyaan mereka;


“Mereka adalah saudara kamu dan dari kaum kamu,

melakukan ibadah malam seperti kamu (qiamulail), tetapi 

mereka adalah orang yang apabila mereka bersendirian, 

mereka akan melanggar larangan Allah.”

(Hadis Riwayat Ibn Majah)
 
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu 

amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau 

berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain) [94:7]


Benarlah kata ulama: ''Jika dosa itu berbau, nescaya aku
tak mampu keluar rumah kerana malu busuk tubuhku 
dikesan orang kerana dosa-dosaku."

Jom bersihkan diri, sucikan hati.

Mudah-mudahan kita hamba yang terpilih untuk bertaubat 
sebelum kembali ke sisi-Nya. Amin.

Jaga diri..jaga hati..salam mujahadah.


Dengan nama Allah...
Hidup kelam kabut datang dari solatnya yang kelam kabut,
Hidup tak menentu datang dari solatnya yang tak menentu,
Hidup yang celaru datang dari solatnya yang celaru,
Hidup tiada keberkatan datang dari solat yang tak diberkati,
Hidup serba lengkap tapi hati tak pernah puas dan tenang, datang dari solat yang tak lengkap (ponteng dan tinggal),
Hidup tertekan datang dari solatnya yang tiada tama'ninah,
Hidup bermasalah datang dari solatnya yang bermasalah.

Hidup yang cemerlang datang dari solatnya yang cemerlang,
Hidup yang tenang datang dari solatnya yang tenang,
Hidup yang diredhai datang dari solatnya yang diredhai.....

selamat beramal...~smoga solat kt di pilih oleh ALLAH..dan mndpt kmanisan solat dlm dri kta...insyaALLAH.




Kalau benar mahu bermujahadah, maka bersungguh-sungguh lah dalam mujahadah tersebut kerana ia bukanlah sesuatu yang mudah.

Mungkin kita akan diuji. Bukan kerana kita tak layak untuk mujahadah, tetapi sejauh mana ikhlasnya hati ingin bermujahadah.
 Jaga hati..jaga diri..salam mujahadah.
 
 

live your life.

Dengan nama Allah...

Malangnya nasib aku.'
'Kenapalah hidup aku asyik susah je.'
'Bahagianya hidup dia.'

Pernah dengar tak ayat macam tuh? Atau mungkin ayat yang lebih kurang begitu?

Mungkin kita pernah dengar atau mungkin kita sendiri yang mengeluarkan kata-kata seperti itu, kan?

Manusia. Kita semua manusia. Dan kita semua sama. Tak kisahlah awak kaya/miskin/kacak/cantik/pandai/dsb.

Kalau anda rasa anda kaya, ketahuilah sesungguhnya Allah itu Maha Kaya. Kaya dan miskin itu adalah ketentuan Dia. Seandainya awak memandang rendah kepada orang miskin, seolah-olah awak memandang rendah kepada yang menetapkan kehidupan orang miskin itu. Siapa? Allah kan.

Sama juga macam yang lain..cantik/hodoh/cacat/dsb.

Jangan terlalu bangga jika diri anda cantik/kacak. Semua ciptaan Allah indah. Dan Dia berhak mengambil semua nikmat-Nya jika Dia mahu.

Apa yang sebenarnya ingin disampaikan ialah bersyukurlah.

Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".

Bukan ke setiap daripada kita pernah gembira, ketawa, menangis, takut, senang, susah, berjaya, gagal dsb.

Kita semua pernah lalui setiap emosi. Lalu, mengapa mempertikaikan bahawa kehidupan orang lain lebih baik daripada diri sendiri?

Hanya kerana anda nampak dia tersenyum/ketawa, anda kata hidupnya bahagia tanpa sebarang masalah. Cepatnya, anda memberi sangkaan.

Dalam hidup, jangan cepat bersangka-sangka kerana sangkaan kita belum tentu sahih, kan?

Senang cakap, apa kata kita jalani kehidupan kita macam biasa. Seandainya diuji, laluinya seperti orang yang beriman diuji. Seandainya diberi nikmat,bersyukur seperti orang yang beriman diberi nikmat. 

Hiduplah seperti orang yang beriman meskipun iman kita sebesar biji sawi. Kerana sekurang-kurang nya kita masih ada iman.

Ok..sekarang, senyum. Tak perlu kata apa-apa..SENYUM :)

Jaga hati, jaga diri..salam mujahadah.

let's share.

Dengan nama Allah...
Mungkin kita dah biasa baca ayat nih..tapi takpe. Ini sebuah perkongsian untuk saling mengingatkan. Bukankah sifat manusia itu lupa. Maka, kita mesti saling mengingatkan.

Ini pun copy paste dari : 
http://diariummi.blogspot.com/2012/03/persoalan-jawapan-melalui-al-quran.html

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI? 

QURAN MENJAWAB : 

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja 


mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to 

Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya 

Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka 

sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan,

 sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." 


(Surah Al-Ankabut ayat 2-3) 



KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG


AKU IDAM-IDAMKAN ?

QURAN MENJAWAB
:

 
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik


 bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, 


padahal 

ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak

 mengetahui." 


(Surah Al-Baqarah ayat 216) 



KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI? 


QURAN MENJAWAB :

 
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai 


dengan kesanggupannya." 

(Surah Al-Baqarah ayat 286) 



KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUSTASI? 


QURAN MENJAWAB : 


"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu 


bersedih 

hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika 

kamu org2 yg

beriman." 


(Surah Al-Imran ayat 139) 



KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU 


MENGHADAPINYA? 

QURAN MENJAWAB :


 
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu 


(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-

perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran 

kamu 

lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan

 bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah 


sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The 

Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya 

(mencapai kemenangan)." 


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU 


MENGHADAPINYA? 

QURAN MENJAWAB : 


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan 

sabar 

dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya 

sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang 

yang khusyuk" 

(Surah Al-Baqarah ayat : 45) 


KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD 


SEMUA INI? 

QURAN MENJAWAB :

 
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, 


harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... " 

(Surah At-Taubah ayat : 111) 



KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

 
QURAN MENJAWAB : 


"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya.


 Hanya kepadaNya aku bertawakkal." 


(Surah At-Taubah ayat 129) 



KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

 
QURAN MENJAWAB :

 
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah


. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah 

melainkan

 kaum yg kafir."

 
(Surah Yusuf ayat 12)



Ayuh..muhasabah diri!


Jaga hati..jaga diri..salam mujahadah.



ohh...my hati.

Dengan nama Allah...
Jangan tanya kenapa HATI tak tenang. Jangan tanya kenapa HATI kosong. Jangan tanya kenapa HATI itu dan ini...
Tapi, tanya kenapa biarkan HATI tak tenang..kosong..gelisah..gundag..dsb.
Ya Allah, berdosanya diri ini. Ampunilah hamba-Mu ini, ya Allah.

Satu perkongsian yang dirasakan menarik : 

Jap..jom menangis, nak.

Dah lama tak menangis sebab dosa-dosa, kelalaian dan maksiat yang telah dilakukan. Sedangkan Dia sentiasa melimpahkan rezeki kepada kita.

Mudah-mudahan kita diberi kesempatan untuk mensucikan hati sebelum kembali ke sisi-Nya.

Mudah-mudahan kita diberi keampunan sebelum kita kembali ke sisi-Nya.

Mudah-mudahan. In shaa Allah. Amin.
 
Jaga hati, jaga diri..salam mujahadah.