Tuesday 26 March 2013

live your life.

Dengan nama Allah...

Malangnya nasib aku.'
'Kenapalah hidup aku asyik susah je.'
'Bahagianya hidup dia.'

Pernah dengar tak ayat macam tuh? Atau mungkin ayat yang lebih kurang begitu?

Mungkin kita pernah dengar atau mungkin kita sendiri yang mengeluarkan kata-kata seperti itu, kan?

Manusia. Kita semua manusia. Dan kita semua sama. Tak kisahlah awak kaya/miskin/kacak/cantik/pandai/dsb.

Kalau anda rasa anda kaya, ketahuilah sesungguhnya Allah itu Maha Kaya. Kaya dan miskin itu adalah ketentuan Dia. Seandainya awak memandang rendah kepada orang miskin, seolah-olah awak memandang rendah kepada yang menetapkan kehidupan orang miskin itu. Siapa? Allah kan.

Sama juga macam yang lain..cantik/hodoh/cacat/dsb.

Jangan terlalu bangga jika diri anda cantik/kacak. Semua ciptaan Allah indah. Dan Dia berhak mengambil semua nikmat-Nya jika Dia mahu.

Apa yang sebenarnya ingin disampaikan ialah bersyukurlah.

Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".

Bukan ke setiap daripada kita pernah gembira, ketawa, menangis, takut, senang, susah, berjaya, gagal dsb.

Kita semua pernah lalui setiap emosi. Lalu, mengapa mempertikaikan bahawa kehidupan orang lain lebih baik daripada diri sendiri?

Hanya kerana anda nampak dia tersenyum/ketawa, anda kata hidupnya bahagia tanpa sebarang masalah. Cepatnya, anda memberi sangkaan.

Dalam hidup, jangan cepat bersangka-sangka kerana sangkaan kita belum tentu sahih, kan?

Senang cakap, apa kata kita jalani kehidupan kita macam biasa. Seandainya diuji, laluinya seperti orang yang beriman diuji. Seandainya diberi nikmat,bersyukur seperti orang yang beriman diberi nikmat. 

Hiduplah seperti orang yang beriman meskipun iman kita sebesar biji sawi. Kerana sekurang-kurang nya kita masih ada iman.

Ok..sekarang, senyum. Tak perlu kata apa-apa..SENYUM :)

Jaga hati, jaga diri..salam mujahadah.

No comments:

Post a Comment