Tuesday 26 March 2013

kerdilnya diri ini.

Dengan nama Allah...
 "Thauban meriwayatkan satu pesanan junjungan , bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Aku sangat jelas mengetahui bahawa ada golongan dari umatku yang akan datang pada hari Qiyamat dengan amalan soleh sebesar gunung Tihamah, tetapi Allah akan menjadikannya seperti debu-debu berterbangan."

"Thauban bertanya : “Wahai Rasulullah, ceritakanlah tentang mereka kepada kami dan beritahulah kami lagi, supaya kami tidak menjadi seperti mereka.”

"Baginda menjawab pertanyaan mereka;


“Mereka adalah saudara kamu dan dari kaum kamu,

melakukan ibadah malam seperti kamu (qiamulail), tetapi 

mereka adalah orang yang apabila mereka bersendirian, 

mereka akan melanggar larangan Allah.”

(Hadis Riwayat Ibn Majah)
 
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu 

amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau 

berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain) [94:7]


Benarlah kata ulama: ''Jika dosa itu berbau, nescaya aku
tak mampu keluar rumah kerana malu busuk tubuhku 
dikesan orang kerana dosa-dosaku."

Jom bersihkan diri, sucikan hati.

Mudah-mudahan kita hamba yang terpilih untuk bertaubat 
sebelum kembali ke sisi-Nya. Amin.

Jaga diri..jaga hati..salam mujahadah.


No comments:

Post a Comment